GUNUNG LANG TARIKAN DI IPOH
Terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman yang sebelum ini dikenali sebagai Jalan Kuala Kangsar adalah sebuah taman rekreasi yang dikelilingi pemandangan alam semulajadi. Sebelum tiba ke taman rekreasi ini, anda perlu menaiki bot yang akan membawa anda menyeberangi tasik ditemani dengan lanskap indah bukit batu kapur. Permandangan Tasik Yang Memukau Lokasi Gunung Lang Ipoh Setibanya di taman rekreasi ini, anda akan dapat melihat air terjun buatan manusia di atas bukit batu kapur. Untuk anda yang membawa anak pula, taman rekreasi ini turut dilengkapi dengan taman permainan dan juga mini zoo. Selepas berjalan-jalan anda boleh menaiki menara tinjau untuk menikmati keindahan taman sepuas-puasnya sebelum pulang. Jeti Bot Untuk Menyeberangi Tasik Di sini juga kita untuk memberi ikan makan secara terbuka dan antara ikan yang terdapat dalam tasik ini ialah seperti ikan keli, talapia, patin, kap dan berbagai lagi. Bersama Keluarga Gambar berlatarbelakangk...