STADIUM PERAK MENANTI SUKMA 2018


Stadium Perak merupakan sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Kampung Simee, Ipoh, Negeri Perak, Malaysia. Kemudahan sukan yang berdekatan ialah Stadium Indera Mulia, Stadium Hoki Sultan Azlan Shah dan Velodrom Rakyat.

Sebelum pembinaan stadium ini, tapak stadium ini pernah menjadi tapak pembinaan antara salah sebuah penjara terawal di negeri Perak yang dikenali sebagai Detention Camp dari tahun 1949 hingga 1959. Pusat tahanan ini menempatkan pesalah dan ahli komunis semasa zaman Darurat di Malaya.

Stadium Perak boleh memuatkan antara 20,000 hingga 42,500 orang (tanpa tempat duduk). Pelbagai acara sukan, kebudayaan dan lain-lain telah diadakan di sini khususnya acara peringkat negeri Perak. Antaranya sambutan Hari Kemerdekaan, Sukan Malaysia, pertandingan bola sepak dan lain-lain.

Stadium Perak juga merupakan gelanggang tuan rumah bagi pasukan Liga Super Malaysia Perak.

Ia turut memiliki trek lari sintetik yang mematuhi piawian Persatuan Atletik Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation-IAAF) yang disiapkan dengan kos RM1,949,000.
Wajah Lama Stadium Perak


Negeri Perak akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 bermula pada 12 hingga 22 September 2018. Selaras dengan itu Stadium Perak telah dinaiktaraf dan telah siap siap sempurna. Penggunaan  pertama selepas pengubahsuaian di Stadium ini adalah pada 15 April 2018 melibatkan suku akhir kedua antara Perak menentang PKNS.
Wajah Baru Stadium Perak (Dari Bahagian Dalam)

Stadium Perak yang memulakan kerja menaiktaraf pada November tahun lepas menelan kos pengubahsuaian bernilai RM20 juta.

kerja menaiktaraf itu melibatkan kemudahan stadium yang dibina pada tahun 1965 itu termasuk pertukaran sejumlah 29,000 kerusi di bahagian tempat duduk awam yang dicat dengan warna negeri Perak.
Wajah Baru Bahagian Luar

Selain itu, orang ramai juga berpeluang untuk menggunakan kemudahan surau yang dapat menampung lebih ramai bilangan jemaah, bilik persalinan pemain dan menaiktaraf keadaan padang dan trek. Selin daripada itu kemudahan medan selera di sekeliling stadium juga telah dinaiktaraf dan kelihatan lebih selesa dan bersih untuk kemudahan orang ramai.
Medan Selera Yang Telah Diubahsuai
Gerai Pilihan Orang Ramai Nasi Kerabu dan Nasi Dagang
Pusat Akuatik Amanja Bersebelahan Stadium Perak

Comments

Popular Posts