PENGENALAN DIRI


AZHAR BIN OTHMAN
NO. MATRIK 257293

Dilahirkan di Kampung Hujung Mergong, Alor Setar Kedah pada 26 Mei 1976. Individu yang lahir pada zaman 1970 dan 1980 merupakan insan yang sangat bertuah kerana dapat merasasi dan melalui perubahan zaman yang sangat ketara. Contohnya dalam bidang hiburan, kita akan dapat merasi daripada menggunakan ' tape kaset' kepada 'Compact Disk'  kemudiannya kepada 'MP3' dan kini kepada dalam talian sahaja. Bertapa bertuahnya apabila dapat bergelumang dengan sawah bendang, menangkap ikan, mandi sungai dan berbagai lagi perkara-perkara mencabar dan menyeronokkan. Kadang-kadang terfikir bertapa ruginya anak-anak kita yang lahir pada masa kini kerana tidak dapat merasai semua ini.
Menuntut di Sekolah Kebangsaan Mergong pada tahun 1983 dan seterusnya di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman, Alor Setar pada 1989 sehingga 1994. Bedasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang boleh dikatakan baik, peluang seterusnya diambil bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam bidang Kejuruteraan Awam pada 1995 dan menamatkan pengajian pada tahun 1997.


Kehidupan berkerjaya bermula pada awal tahun 1997 dengan berkhidmat disebuah syarikat swasta dalam bidang kejuruteraan kerja tanah bagi lebuhraya Dengkil -Sepang dan Projek Proton Ciity. Pada awal tahun 1998 tawaran untuk berkhidmat dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah diterima dan bermulalah kerjaya dengan MARA di Pejabat MARA Negeri Perak.


Berkahwin pada tahun 2002 dan mempnuyai 3 orang cahaya mata. Sangat berbeza kehidupan bekerluarga jika dibandingkan dengan zaman bujang. Walaubagaimanapun, keluarga adalah segalanya.

Comments

Post a Comment

Popular Posts