MENETAP DI IPOH BEKERJA DI KL

Perjalanan  dari Ipoh ke Kuala Lumpur dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan adalah lebih kurang 194 km. Ianya akan mengambil masa selama 1 jam 45 minit sekiranya kita  menaiki kenderaan dengan kelajuan 110 km/ jam dengan tidak mengambil kira kesesakkan. Sekiranya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dengan kelajuan yang dihadkan 90 km/ jam tempoh masa yang diambil adalah sekitar 2 jam 15 minit.

Jarak Ipoh -Kuala Lumpur 194 km

Itulah yang tepaksa di lalui oleh beberapa orang pekerja kerajaan dan swasta setiap hari yang menetap di Ipoh tetapi berkeja di Kuala Lumpur dengan menggunakan perkhidmatan bas. Keputusan untuk menetap di Ipoh  adalah disebabkan oleh beberapa faktor dan antaranya :
a. Suami/ Isteri bertugas di Ipoh dan tiada peluang untuk bertukar.
b. Tidak mahu menetap di Kuala Lumpur kerana tidak selesa dengan kesesakkan
c. Kos sewa atau membeli rumah yang sangat tinggi.
d. Kos sara hidup yang tinggi.
e. Budaya hidup di Kuala Lumpur yang mencabar.

Bangun seawal 3.30 pagi untuk mandi dan bersiap ke pejabat sudah menjadi satu perkara yang biasa. Pada ketika itu isteri dan anak-anak sedang nyenyak tidur dibuai mimpi-mimpi indah. Selesai bersiap dan berwuduk untuk solat di dalam bas nanti, 4.10 pagi seterusnya akan bertolak ke hentian bas Medan Gopeng (berhadapan dengan Public Bank). Bas Plusliner adalah satu-satunya bas yang akan mengambil penumpang di Hentian Bas Medan Gopeng. Bas akan mula bertolak daripada Terminal Aman Jaya pada pukul 4.15 pagi dan akan tiba di hentian bas Medan Gopeng sekitar jam 4.35 pagi. Kebiasaanya hari Isnin atau hari selepas cuti umum panjang merupakan hari yang ramai penumpang. Bas akan memasuki plaza tol Simpang Pulai sekitar jam 4.50 pagi dan kebiasaanya kebanyakkan  penumpang akan sambung tidur yang terganggu sebentar tadi.
Suasana 4.20 Pagi di Hentian Bas Medan Gopeng

Bersedia Untuk Menaiki Bas

Sekitan Jam 6.50 pagi bas akan tiba di terminal KL Sentral dan sebahagian penumpang akan turun  disini dan sebahagian lagi akan turun di stesen KTM KL. Bagi yang turun di KL Sentral seterusnya akan menggunakan panganggkutan awam Bas Go KL ataupun LRT untuk ke lokasi pejabat masing-masing. Perkhidmatan Bas Go KL adalah percuma disediakan oleh DBKL. Bagi yang turun di stesesn KTM Kuala Lumpur kebiasaanya mempunyai kenderaan sendiri (motosikal) yang di letakkan  disitu.
Stesen KTM Kuala Lumpur

Tempat Meletakkan Motosikal 

Menunggu Bas di Stesen KTM KL

Bersedia Untuk Pulang Ke Ipoh

Pada waktu petang sekitar jam 4.30 petang persedian telah dibuat untuk pulang ke Ipoh. Bas akan mula bertolak dari Terminal Bas Tasek Selatan (TBS) sekitar jam 5.00 petang dan akan tiba di stesen KTM KL sekitar jam 5.25 petang. Dengan kemudahan teknologi aplikaksi 'wasp group' penumpang (sahabat) yang lambat akan di tunggu dengan tempoh tidak melebihi 5.35 petang.

Pejalanan pulang terpaksa menempuh kesesakkan lalu lintas kerana ketika itu berpusu-pusu kenderaan juga akan keluar daripada bandaraya Kuala Lumpur. Selepas melalui Tol Duta sekitar jam jam 6.00 petang perjalanan semakin lancar dan kebiasanya akan di di Hentian Bas Medan Gopeng pada 8.00 malam. Itulah rutin harian bagi penjawat awam atau pekerja swasta yang menetap di Ipoh tetapi bekerja di Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan bas.

Comments

Popular Posts