PERCUTIAN DI 99 WONDERLAND PARK, TASIK SRI MURNI


Selepas Subuh 24 Mac 2018 persedian telah dibuat untuk berkunjung ke Kuala Lumpur bagi memenuhi permintaan anak-anak untuk bercuti. Lokasi yang akan dituju adalah 99 Wonderland Park, Tasik Sri Murni Kuala Lumpur.


Bertolak daripada Ipoh sekitar jam 8.00 pagi dengan penuh kecerian dan sampai di Kuala Lumpur sekitar jam 12 tengahari.  Kesempatan sampai di Kuala Lumpur ini  diambil untuk menujukkan tempat mencari rezeki kepada anak-anak. Sungguh teruja anak-anak bila sampai di Bangunan Ibi Pejabat MARA Kuala Lumpur.
Teruja Di Lobby MARA

Di Atas Sign Borad Sambutan 52 Tahun MARA


Setelah selesai solat Zohor di surau Aras 2 bangunan ibu Pejabat MARA tibalah masa untuk makan dengan hidangan yang tak  mungkin dapat di tempat lain iaitu Nan Cheese di restoran RSMY Nan Cheese  Jalan Medan Tuanku. Keunikan Nan Cheese memang antara yang terbaik dan sukar untuk didapati di tempat lain.


Menikmati Nan Cheese

Menyelerakan

Selesai menjamu selera sekitar jam 3.00 petang perjalana diteruskan ke 99 Wonderland Park dan tiba sekitar jam 4.00 petang kerana  kesesakan lalu lintas



Pelan Lokasi

99 Wonderland Park adalah sebuah mercu tanda rekreasi yang unik di KL. Ia dimiliki oleh JL99 Group, pemaju hartanah Malaysia yang terkenal dan mempercayai semangat menyumbang kembali kepada masyarakat. Sejak 2015, JL99 Group telah memperuntukkan lebih daripada RM18 juta untuk mengubahsuaikan kolam pembendungan yang terbiar itu supaya menjadi sebuah taman rekreasi unik yang berkeluasan 23 ekar.

Kadar Bayaran Masuk

Taman rekreasi ini mengamalkan konsep “terbuka”, iaitu membolehkan para pengunjung untuk berinteraksi dengan burung-burung dan haiwan-haiwan seperti angsa, penyu, burung unta, merak, rusa, burung nuri, mara, monyet kecil, meerkat, arnab, burung kuang, flamingo, dan sebagainya. Jika anda menaiki Pelayaran 99 untuk menyeberangi tasik, anda akan berpeluang untuk belayar lalu burung-burung yang mengelilingi tasik itu.

Landskap dalam taman ini membolehkan para pengunjung untuk berehat dan menghayati pemandangan yang indah. Taman ini menyediakan kemudahan-kemudahan tarikan seperti Gelang T-Rex, Zon 12 Zodiak, Air Terjun Emas, Arca 1 Malaysia, Air Pancut Tinggi.
99 Wonderland Park adalah taman rekreasi pertama di KL yang menampilkan dengan lampu LED dan haiwan-haiwan atau burung-burung yang langka di samping landskap yang indah. Oleh itu, anda dapat menikmati saat-saat yang hebat dan tidak dapat dilupakan di 99 Wonderland Park.


Bersesak di Pintu Masuk

Begambar dengan Replika Kerbau

Bergambar dengan Replika Kuda

Tempat makan yang selesa


Berkunjung ke 99 Wonderland Park pada 24 Mac 2018 sangat memenatkan kerana pada hari berkenaan untuk masuk ke taman berkenaan adalah percuma. Sudah menjadi lumrah di Malaysia sesuatu yang percuma ada perkara yang sangat-sangat ditunggu dan keadaan ini telah menyebabkan kesesakkan di dalam taman tersebut. Lawatan di taman ini berakhir sekitar jam 7.00 malam  dengan sedikit kekecewaan kerana kesesakkan. Sebelum bertolak balik lokasi seterusnya adalah untuk makan malam di Nasi Lemak Royal Kedah cawangan Taman Maluri.



Restoran Nasi Lemak Royal Kedah di Taman Maluri, KL



















Comments

Popular Posts