RINGKAS TETAPI MERIAH JAMUAN HARI RAYA 2018

Sudah  menjadi kelaziman setiap Bahagian di Ibu Pejabat MARA akan mengadakan majllis jamuan Hari Raya Aidil Fitri. Tidak ketinggalan Bahagian Binaan dan Selenggaraan (BBS) MARA yang yang berada di tingkat 11 juga mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 6 Julai 2018 bersamaan 22 Syawal 1439H.

Sesi bergambar bermula di awal jam 9.00 pagi dengan pelbagai aksi-aksi bersahaja yang mencuri tumpuan lensa telefon mudah alih.



Majlis pada tahun ini sedikit berbeza kerana melibatkan  Jurutera atau Penolong Jurutera di peringkat Negeri yang kebetulan menghadiri Mesyuarat bersama Pengurusan BBS. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Mohd Razali Bin Bidin, Timbalan Pengarah II pada pukul 11.00 pagi. Acara yang ditunggu, jamuan makan dimulakan setelah selesai selesai ucapan aluan.

Menu yang paling menarik perhatian pada kali ini ialah 'kambing golek'. Segenap pelusuk ruangan pejabat dihidangkan dengan bau 'kambing golek' yang menyelerakan. Agak memeranjatkan apabila dimaklumkan bahawa harga seekor 'kambing golek' ini berserta dengan pakejnya hanyalah RM 850 sahaja iaitu murah daripada harga biasa sekitar RM 1,000 hinggan RM 1,200.

Antara menu lain yang disediakan ialah Nasi Arab, Lemang, Nasi Impit & Kuah Kacang, Murtabak, Sate, Cendol, Buah-buahan dan sumbangan kuih raya daripada anggota kerja.

Comments

Popular Posts