PANTAI LEMAN, KUALA KEDAH

Pantai Leman Kuala Kedah terletak lebih kurang 14 km daripada bandar Alor Setar. Ianya terletak berhampiran dengan Pengkalan Maritim Kuala Kedah, Marina Kuala Kedah dan berhampiran juga dengan Muzium Kota Kuala Kedah. Di seberang pantai ini terletanya Jeti Kuala Kedah yang menjadi jeti untuk orang ramai mengunjugi Pulau Langkawi.

Lokasi Pantai Leman

Marina Kuala Kedah
Muzium Kota Kuala Kedah

Pantai Leman merupakan pantai berlumpur yang di tambak dengan batu bersaiz agar besar sebagai benteng untuk mengelakkan hakisan dan lokasi ini bukanlah pantai untuk aktivi mandi manda. Pada sekitar tahun 1990 an pantai ini menjadi tempat untuk mencari hasil laut iaitu kerang. Apabila tiba musim, pantai ini seperti pesta dimana ramai yang akan berkunjung untuk mengutip kerang di dalam lumpur.

Aktiviti Mencari Kerang pada 1990 an

Kesempatan untuk berkunjung ke Pantai Leman pada 18 Mac 2018 bagi menyaksikan matahari terbenam amat mengujakan. Tiba di Pantai Leman sekitar jam 6.45 petang dan kelihatan ramai pengunjung sedang bersantai dan berehat menikmati permandangan laut yang terbentang luas. Pantai Leman juga berhampiran dengan laluan untuk membawa hasil tangkapan dan sesekali bot-bot kecil akan melalui kawasan ini.

Pada ketika ini Pantai Leman menjadi tempat porpular bagi pasangan pengantin untuk bergambar dengan berlatar belakangkan pemandangan pantai dan matahari terbenam yang menarik.

Koleksi gambar yang sempat dirakamkan.











Comments

Popular Posts