KEBAIKAN BEKAM


Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat.
Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.
Dari sini sebenarnya, kita mendapat pelajaran bahawa adanya Hadis Rasulullah S.A.W  yang mengatakan kebaikan bekam sebenarnya untuk mengukuhkan kepada  bangsa Arab dan Islam khususnya bahawa bekam sangat baik dijadikan sebagai saranan perubatan diantara perubatan yang lainnya.
Hadith Pertama
Diriwayatkan dalam Shohih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas” (Shohih Bukhari)
Hadith Kedua
Dari Jabir Bin Abdillah ra ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda:
“Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan ’kay’ ” (Shohih Bukhari)

Hadith Ketiga
Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi:
“Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan, kecuali mereka berkata, “Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!’ ” (Shohihul Jami’: 5671)
Hadith Keempat:
Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas’ud yang berkata:
“Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan, ’Perintahkanlah ummatmu agar berbekam’ ”
Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau, “Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia” (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)
Hadith Kelima
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)” (Shahih Bukhari dan Muslim)
Tanpa teknologi canggih, pembekaman pada satu poin di antara poin-poin istimewa di sekitar tengkuk sahaja dapat menyembuhkan 72 penyakit. Sebuah buku juga telah ditulis oleh Thomas W. Anderson (1985) yang berjudul “100 Diseases Treated by Cupping Method”, yang ternyata sesuai dengan Hadith Nabi disekitar 600M yang diriwayatkan oleh At-Thobroni:
Rasulullah bersabda, “Hendaklah kalian semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit”.
JENIS-JENIS BEKAM
BEKAM KERING
Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, kaedah bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.


BEKAM BASAH
Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat ‘cupping set’ dan ‘hand pump’ untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.


BEKAM API
Kadang disebut sebagai ‘Fire Cupping’, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untuk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan diletakkan ke permukaan kulit.



BEKAM DARI SUDUT SAINS
Bekam adalah cara mengeluarkan darah yang bertoksin dari tubuh badan. Ini telah diterangkan oleh Profesor Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail dari Dept of Community Medicine, School of Medical Sciences, USM Kubang Kerian. 
Beliau telah membuat kajian klinikal ke atas kesan bekam pada para pesakit dan juga mengamalkan bekam di sebuah pusat diabetes di Kelantan.
Menurut beliau, kulit mengandungi kilang peluh yang mengeluarkan peluh bersama urea dan lain-lain bahan buangan. Kulit merupakan satu organ dan merupakan sebahagian dari sistem perkumuhan yang efisien. Ia menghasilkan sejenis enzim yang membolehkan toksin melaluinya. Oleh itu, banyak bahan toksik yang akan berkumpul di bahagian permukaan kulit.


Darah di dalam sistem aliran darah iaitu dalam arteri, tidak mengandungi banyak bahan toksin berbanding dengan darah di dalam kapilari di permukaan kulit. Oleh itu apabila seseorang menderma darah, tidak semestinya ia mengeluarkan darah toksik dalam tubuhnya.
FAEDAH BERBEKAM
Membantu menghilangkan pening dan migrain.
Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
Membantu memecahkan lemak.
Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
Kesemua faedah yang dinyatakan di atas adalah bergantung kepada individu. Ada yang mengalami salah satu atau pun sebahagian darinya. Rawatan hendaklah dibuat beberapa kali sehingga menampakkan hasil.

PERBEZAAN ANTARA BEKAM DAN DERMA DARAH
BERBEKAM
     DERMA DARAH
Darah dari kalipari
       Darah dari arteri
Mengeluarkan toksid dan kotoran sahaja
       Semua kandungan bendalir keluar
Tidak keluar semua darah putih
       Keluar sel darah putih beserta sel darah merah
Keluarkan zat besi berlebihan (elak talasemia)
       Mengeluarkan mineral dan zat besi dari tubuh






Comments

Popular Posts