Skip to main content

KOMPLEKS SILVERITAGE KEMBALI CERIA

Kompleks Silveritage di Medan Gopeng dekat sini yang menjadi pusat setempat bagi kesemua produk keluaran negeri ini mampu menjadi tarikan baharu dalam industri pelancongan di bandaraya ini.
Ini kerana kompleks yang baharu dibuka 15 Januari lalu itu menempatkan 110 lot perniagaan iaitu 45 buah bazar, kedai (24), medan selera (20), restoran (lapan) kedai gajet (enam) dan empat gerai buah.
Pendek kata, semuanya ada di Silveritage seluas 300,000 kaki persegi dan diba­ngunkan dengan kos RM17 juta itu.
Sebelum ini, Silveritage atau dinamakan Silveritage Galleria itu merupakan projek yang diba­ngunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada sekitar tahun 1996.
Pada tahun 2002, kompleks ini telah memainkan peranannya seperti sebagai pusat kebudayaan dan pelancongan.
Namun pada 2004, peranan Silveritage Galleria bertukar lagi kepada sebagai terminal bas eks­press iaitu Terminal Bas Medan Gopeng.
Selepas terminal ini berpindah ke Bandar Meru Raya dekat sini, kompleks ini telah dikosongkan untuk dinaik taraf.
Silveritage Galleria yang dikenali sebagai Silveritage kini menjadi perkampungan 110 peniaga dari seluruh negeri ini.

Penjenamaan semula Silveritage ini adalah sejajar dengan perkembangan ekonomi penduduk setempat yang kini lebih maju dan berkemampuan.
Penjenamaan baru ini memberi landskap yang lebih mesra pengguna dan ceria, bersih serta lebih moden dan dinamik.
Malah Kompleks ini kini menjadi platform bagi peniaga-peniaga menjual dan memasarkan produk-produk dengan ruangan yang luas dan tersusun.
Selain tapak perniagaan, Silveritage juga dilengkapi dengan kemudahan lain antaranya surau, sekuriti 24 jam, taman, tandas, ekskelator, lif, WIFI percuma, ruang pejalan kaki berbumbung, parkir malah dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).
Ia juga secara tidak langsung dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu kepada penduduk sekitar.






Comments

Popular Posts