SAYUR SALAD MAKANAN IKAN KALOI
Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa
lapang bagi menenangkan fikiran seseorang. Tujuan hobi adalah untuk memenuhi
minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan.
Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Memancing
adalah hobi yang memerlukan belanja dan menghasilkan pulangan. Belanja
diperlukan untuk membeli alat pancing utama seperti joran dan umpan, alat
pancing sampingan seperti bot, khemah, lampu dan sebagainya. Pulangannya adalah
ikan dan hadiah pertandingan memancing.
Hobi memelihara Ikan Kaloi juga merupakan satu hobi yang menarik
bagi mengisi masa lapang dan memberi ketenangan.
Ikan Kaloi (Osphronemus goramy) adalah satu spesies ikan
sepat besar yang berasal daripada Asia Tenggara. Ia boleh ditemui di lembangan
Chao Phraya dan Mekong di tanah besar Asia Tenggara, dan juga di seungai-sungai
di Borneo, Jawa dan Sumatera. Spesies ini mempunyai kepentingan komersial
sebagai sejenis ikan untuk dijadikan makanan dan juga banyak diternak secara
akuakultur. Ia boleh dibeli sebagai ikan hiasan. Selain itu, ikan Kaloi juga
digunakan untuk mengawal rumpai kerana merupakan sejenis ikan herbivor yang
pelahap.
Ikan Kaloi hidup di dalam air tawar atau payau, terutamanya
di kawasan aliran perlahan seperti paya, tasik, dan sungai besar. Ia mampu
bernafas dengan menggunakan udara lembab, oleh itu ia mampu hidup tanpa air
untuk jangka masa yang lama. Ikan Kaloi bersaiz lebih besar daripada kebanyakan
jenis gourami, membesar sehingga panjang maksima 70 cm (28 in), meskipun
kebanyakannya hanya bersaiz sekitar 45 cm (18 in). Dari segi warna
nya, ia
berwarna pucat sehingga kuning emas, dengan sisik perak, jalur biru pucat yang
merentasi badannya secara menegak.[5] Ikan betina boleh dikenali dengan bibir
mulut yang lebih tebal. Ikan Kaloi membuat sarang dengan menggunakan rumpai dan
ranting pokok.
Jenis-jenis ikan Kaloi yang biasa dipelihara.
Kaloi Sabah (Red Tail Giant Gourami)
Ikan Kaloi Sabah, bertepatan dengan namanya merupakan
sejenis Kaloi tempatan dari Negeri di Bawah Bayu. Spesis ini antara yang paling
mahal sekali harga pasarannya daripada Kaloi jenis lain kerana warnanya yang
cantik dan sukar didapati, ikan ini berasal dari sebuah daerah yang terkenal
dengan sungainya di Sabah, sungai Kinabatangan. Jenis Kaloi ini agak cerewet
penjagaannya dan memerlukan penjagaan yang rapi.
Kaloi Hitam (Giant Gourami)
Ikan Kaloi Hitam ini merupakan gergasi dalam keluarga jenis
Gourami. Ikan ini merupakan ikan yang paling umum dan mudah di dapati dari
tasik, bekas lombong dan sungai-sungai di seluruh Malaysia. Tidak seperti
sepupunya, ikan ini mudah dijaga dan tidak cerewet.
Kaloi Merah (Giant Red Eye Gourami)
Ikan Kaloi Merah datang dari jenis yang sama seperti Kaloi
Hitam. Warna merah terhasil akibat daripada kecacatan pigmen hitam pada ikan
itu sendiri lantas menghasilkan Kaloi albino yang berwarna merah. Penternak
lazimnya mengahwinkan beberapa Kaloi albino untuk melahirkan benih yang
majoritinya berwarna merah. Kadangkala Kaloi ini juga disebut sebagai Kaloi Thailand
ataupun Kaloi India.
Perkongsian pengalaman memelihara Ikan Kaloi Merah mungkin
akan memberikan sedikit sebanyak panduan kepada individu yang berminat untuk
memlihara Ikan Kaloi. Pada awal tahun 2014 minat untuk memelihara ikan tidak
pernah hilang setelah ikan peliharaan sebelum ini mati atas sebab-sebab yang
tidak diketahui.
Kunjungan kekedai
ikan hiasan berhampiran menarik perhatian untuk membeli seekor anak Ikan Kaloi
Merah yang bersaiz lebih kurang 3 inci dengan harga RM 6.00. Pada peringkat
awal anak ikan kaloi merah ini hanya diberi makan anak udang ataupun anak ikan
kap yang ketika itu berharga RM 2 untuk 20 ekor. Selagi ada makanan, ikan kaloi
akan terus makan walaupun pada pandangan mata kita ianya telah kekenyangan. Perbelanjaan
dan tahap pemakanan ikan kaloi semakin meningkat apabila ianya semakin membersar.
Alternatif lain perlu difikirkan untuk mengurangkan
perbelanjaan kos memelihara ikan kaloi. Penggunaan palet sebagai makan merupakan
alternatif yang terbaik ketika itu. Walaubagaimanapun air akuarium akan cepat
keruh dan berbau apabila memberikan palet sebagai sumber makanan.
Memandangkan ikan kaloi merupakan sejenis ikan yang makan
tumbuh-tumbuhan idea untuk memberikan ikan kaloi makan sayuran sebagai sumber
pemakanan adalah yang terbaik. Berbagai jenis sayuran telah dicuba antaranya kangkong,
bayam, sawi dan salad. Salad merupakan sayur yang paling sesuai untuk diberikan
kepada ikan kaloi yang diperlihara di dalam akuarium. Ini disebabkan salad
tidak mempunyai banyak batang-batang keras dan mempunyai daun yang lembut. Batang-batang
keras akan menyebabkan pam akuarium mudah tersumbat. Disamping itu juga salad
merupakan sayuran yang harganya tidahlah terlalu tinggi iaitu sekitar RM 5.00
untuk Β½ kg. Kuantiti Β½ salad ini mampu untuk menampung keperluan pemakanan kaloi
yang berumur 4 tahun untuk tempoh seminggu.
Walaubagaimanapun dengan memberi ikan kaloi makanan sayur,
penapis air perlu sentiasa diganti dengan anggaran tempoh untuk 2 minggu sekali.
Info yg menarik
ReplyDeleteAwesomeππ»ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»
ReplyDeleteIkan ni kalau campur dngn ikan kapi boleh tak
ReplyDeleteIkan kaloi merah nim die mkn tak anak2 ikan?
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSaya share info Palet Nanas untuk Makanan Ternakan. Teknologi baru dari bahan buanagan nanas. Info lanjut
ReplyDeletehttp://www.sciencepark.upm.edu.my/artikel/palet_nanas_untuk_makanan_ternakan-69096